PERCUTIAN DEPAN SUNGAI YANG BEST DAN CONFIRM TIDAK MENGECEWAKAN!
Teratak Revierview merupakan penginapan depan sungai yang terletak hanya 4 km dari Tanjung Malim dan 60 km dari Kuala Lumpur. Suasana sini sangat tenang dikelilingi alam semulajadi yang menghijau.
Resort ini merupakan lokasi perkhemahan dan aktiviti lasak yang agak popular di Tanjung Malim. Selain itu, di sini juga sering menjadi tumpuan sekolah-sekolah, organisasi kerajaan mahupun korporat untuk mengadakan kem motivasi, sesi team building atau gathering.
Menariknya, Teratak Riverview ini dipisahkan dengan sebatang sungai bernama Sungai Bernam yang merupakan sempadan antara dua negeri iaitu Perak dan Selangor. Sebahagian resort ini terketak di Perak dan sebahagian lagi di Selangor.
Antara kemudahan yang disediakan di resort ini adalah:
Tapak perkhemahan
Hostel
Ruang makan
Surau
Kemudahan BBQ
Dan macam-macam lagi
Antara aktiviti best yang boleh dilakukan di resort ini adalah :
Mandi mandan dan berkelah
Tubing/ water Confident
Rentas halangan
Flying fox
Abseling
Paintball
Jungle Treking
Lokasi: