Go Back

Report Abuse

Woods
Woods 01
Woods 02
Woods 03
Woods 04
Woods 05
Woods 06
woods 10
Woods 11
Woods 12
Woods 13
Woods 14
Woods 15
Woods 16
Woods 17
Woods 18

The Woods Resort And Training Center

0 (0 Reviews)
Popular

Description

ika anda ingin lari dari kesesakan dan hiruk-pikuk ibu kota dan bandar, The WOODS Resort adalah destinasi percutian yang harus anda tujui. Kawasan seluas 64 ekar direntasi aliran sungai cantik di tengah-tengahnya seumpama syurga buat mereka yang cintakan keharmonian dan keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di sini, anda akan disambut dengan kehijauan hutan hujan tropikanya yang subur menghijau, bukit-bukau dan deruan air sungai yang jernih bersih. Perjalanan selama 30 minit dari Kuala Lumpur tidak terasa dengan suasana dan keharmonian alam semulajadi.

Di The WOODS Resort, jamu mata anda dengan permandangan chalet “Kampung View” berkonsepkan kayu di kelilingi dusun buahan dan pokok herba serta sungai yang menyajikan permandangan yang menarik. Rasai kesegaran air bukit dari jeram yang disalurkan terus ke dalam chalet.

Apabila dikelilingi buah-buahan tropika seperti pulasan, mata kucing, nangka, cempedak, duku, durian, pisang dan lain-lain. Amati, petik dan rasa kesemuanya sewaktu musim buah. Memancing di sungai sambil menghirup udara segar yang nyaman dalam suasana kehijauan yang mendamaikan.

Rasai keselesaan menginap di salah sebuah daripada 20 buah Chalet “Kampung View” termasuk 5 buah chalet berkembar yang menampilkan seni bina kayu tradisi Melayu yang eksotik. Ataupun rasai kelainan dengan bersantai di khemah di tepi jeram sambil menikmati unggun api dan BBQ bersama keluarga dan rakan-rakan. Disamping itu, kemudahan lain, terdapat dewan terbuka untuk pelbagai aktiviti, wakaf untuk bengkel dan bersantai serta tapak perkhemahan, kolam buatan dengan air yang sentiasa mengalir, surau, tandas, bilik mandi dan lain-lain kemudahan bagi memenuhi citarasa pengunjung.

Keindahan hutan semulajadi juga dapat digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti jelajah hutan (jungle tracking), jalan malam (night walk), burung hantu (owl ops), Flying Fox, Abseiling, Repelling, merentas halangan, paintball dan pelbagai lagi aktiviti rekreasi.

Video

Location

No 1, KM 8 Jln Sg Tua Ulu Yam 44300 Ulu Yam Perdana Hulu Selangor

Contact Information

Address
No 1, KM 8 Jln Sg Tua Ulu Yam 44300 Ulu Yam Perdana Hulu Selangor
Phone
Social Info

Author Info

Mohd Zul Hifdzi Mohd Nasir

Member since 2 years ago
View Profile

Contact Listings Owner Form

There are no reviews yet.

Leave a Review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BORANG BOOKING

Pertanyaan Kursus
contoh : Kursus motivasi teambuilding, Kursus Motivasi Pelajar, Kursus Kepimpinan
Masa
Masa
Start Over
Shopping Cart