Kem ini terletak di dalam jajahan daerah selama ,lbih kurang 15-17 km dari pekan selama, menyajikan suasana hijau tumbuhan untuk tetamu yang hadir ke kem ini
Tempat mandi yang sesuai untuk lapisan umur ni yg penting
Sebelum memasuki ke kem ini tuan tuan bertemu dengan sungai yang jernih tidak tercemar dengan sisa sisa toksid dan sampah sarap dan kesan pembalakan..(masih terpelihara)dan sebelum tiba ke kem pengunjung akan melintasi dua air terjun yang cantik jernih dan sejuk airnya ..keta kena redah ayaq
Di kem ni pulak sesuai untuk kita laksanakan pgram rekreasi motivasi ,hari keluarga ,dan menikmati suasana flora dan fauna sekitarnya yang amat menenangkan..
Kem ini di lengkapi 4 Doom 2 chalet dewan terbuka,dapur,tandas ,bilik mandi,tapak khemah ruang riadah , di lengkapi bekalan elektrik dan parking yang luas
Kat sini juga ada team yang memberi perkhidmatan berkayak jugak tapi di usahakan oleh anak anak muda kampung tersebut
Jadi jikalau nak tau lebih lanjut blh la try mai menginap kat sini.
Dan paling syoknya jika anda menyewa di sini ..anda juga sedang membantu menjana ekonomi pusat pengajian Islam nur as-salam (pondok bukit salim).